Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

Menu

Ambilan Jawatan Kosong MPOB April 2025 Dibuka Kelayakan SPM Keatas

Ambilan Jawatan Kosong MPOB April 2025 Dibuka Kelayakan SPM Keatas

Info jawatan kosong MPOB April 2025 dibuka untuk permohonan. Permohonan kini dibuka kepada semua Warganegara Malaysia yang berminat untuk mengisi pelbagai jawatan kosong di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi bulan April 2025. Peluang ini melibatkan jawatan bertaraf Tetap dan Kontrak dengan pelbagai bidang tugas serta skim gaji yang kompetitif. Calon yang memiliki kelayakan SPM dan ke atas dialu-alukan untuk memohon.

Maklumat Jawatan Kosong MPOB April 2025 Ditawarkan

Senarai jawatan yang ditawarkan oleh MPOB merangkumi pelbagai gred dan bidang, berserta julat gaji yang menarik mengikut kelayakan dan pengalaman calon. Berikut merupakan senarai lengkap jawatan yang boleh dimohon:

BILJAWATANGREDGAJI MINIMUM (RM)GAJI MAKSIMUM (RM)
1.Pegawai PenyelidikQ92,250.0011,110.00
2.Pegawai TadbirN92,250.0011,110.00
3.Pegawai Teknologi MaklumatF92,250.0011,110.00
4.Penolong Pegawai PenyelidikQ51,650.006,620.00
5.Penolong Pegawai TadbirN51,650.006,620.00
6.Penolong Pegawai Teknologi MaklumatF51,650.006,620.00
7.Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)N11,500.004,680.00
8.Pembantu PenyelidikQ11,500.004,680.00
9.Pembantu Khidmat AmH11,500.004,680.00

Gaji permulaan akan ditentukan berdasarkan kelayakan akademik, pengalaman kerja serta kemahiran individu yang berkaitan. Selain itu, pelbagai jenis elaun turut disediakan seperti berikut:

Elaun Bulanan:

  • Imbuhan Tetap Perumahan: RM300 (semua gred)
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam: RM300 (Q9/N9/F9), RM160 (Q5/N5/F5), RM115 (Q1/N1/H1)
  • Bantuan Sara Hidup (COLA): RM150 – RM350 (bergantung pada lokasi dan gred)

Turut ditawarkan: Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) dan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) tertakluk kepada skim SSPA mulai 1 Disember 2024. Rujuk juga jawatan kosong dibawah LPPKN April 2025.

Syarat Umum Permohonan Jawatan Kosong MPOB April 2025

  1. Kewarganegaraan: Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Umur: Sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
    • Tidak melebihi 54 tahun bagi umur persaraan paksa 55/56 tahun.
    • Tidak melebihi 56 tahun bagi umur persaraan paksa 58 tahun.
    • Tidak melebihi 58 tahun bagi umur persaraan paksa 60 tahun.
  3. Bahasa Melayu: Kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.

Cara Memohon Jawatan Kosong MPOB April 2025

Jawatan Kosong MPOB April 2025

Permohonan perlu dibuat secara atas talian melalui pautan rasmi MPOB: http://onlinejob.mpob.gov.my

Calon tidak perlu menghantar salinan sijil atau dokumen sokongan sehingga dihubungi oleh pihak MPOB. Hanya pemohon yang melepasi saringan dan memenuhi syarat kelayakan akan dipanggil untuk temuduga.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email ke: [email protected] (sertakan Nama dan No. Kad Pengenalan).

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2025 (Rabu), jam 5.30 petang.

Jangan lepaskan peluang untuk membina kerjaya bersama MPOB yang menawarkan kestabilan, ganjaran menarik dan peluang perkembangan kerjaya dalam industri minyak sawit negara.

Sumber Rujukan:

SHARE
Facebook
WhatsApp
Telegram
Rating :
5/5
Back to Top