Download Kit Pengoperasian Pembukaan Sekolah 2024/2025 PDF: 6 Konsep Pengisian & Aktiviti Minggu Pertama Persekolahan
Dalam menyambut sesi persekolahan 2024/2025, penting bagi setiap institusi pendidikan untuk merancang pengisian minggu pertama sekolah dengan teliti. Berikut adalah enam konsep penting yang harus ditekankan untuk memastikan minggu pertama tersebut berjalan lancar dan memberi impak positif kepada murid, guru, ibu bapa, dan komuniti.
KIT PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH 2024/2025
Mewujudkan Suasana Ceria, Selamat, Bermakna, dan Terancang:
- Aktiviti permainan
- Riadah, senamrobik, kecergasan
- Sukaneka, sukan
Mempunyai Nilai Pendidikan dan Berinformatif:
- Aktiviti projek
- Penyelesaian masalah
- Penerapan nilai dan pembangunan sahsiah
Merupakan Sebahagian Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran yang Memupuk Nilai:
- Aktiviti minda dan rekacipta
- Pembelajaran bertema
- Pembelajaran kendiri
Mewujudkan Komunikasi Berkesan Melibatkan Murid, Guru, Ibu Bapa, atau Penjaga dan Komuniti:
- Aktiviti bersama-sama keluarga
- Aktiviti kemasyarakatan
Memupuk Sikap Bekerjasama dan Persefahaman yang Erat:
- Aktiviti berkumpulan
- Serlah bakat, potensi
- Ekspresi seni kreatif
Memupuk Perpaduan dalam Kalangan Murid Pelbagai Kaum dan Latar Belakang Sosioekonomi:
- Aktiviti integrasi perpaduan
- Persembahan citra budaya
- Usahawan muda (projek kitar semula)
Pastikan untuk mengakses dan menggunakan kit pengoperasian pembukaan sekolah 2024/25 untuk panduan yang lebih terperinci dan bermanfaat dalam merancang aktiviti minggu pertama sesi persekolahan yang berjaya. Untuk muat turun kit tersebut, sila kunjungi pautan dibawah.
Salam pembelajaran yang bermakna dan berkesan untuk semua pihak yang terlibat dalam pendidikan!