Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

Menu

Guru Jamah Makanan Agar-Agar Santan Yang Dibawa Anak Muridnya Buatkan Netizen Terharu

Guru Jamah Makanan Agar-Agar

Guru jamah makanan agar-agar itu direkodkan dalam sebuah video selama satu minit 54 saat, sedang menikmati hidangan agar-agar santan yang dibawa oleh seorang muridnya untuk jamuan kelas. Beliau dengan sopannya mengambil hidangan itu walaupun muridnya kelihatan malu untuk meletakkannya di meja bersama juadah lain.

“Tengok ini, cikgu jumpa kuih ini. Murid saya sembunyi, malu nak bawa keluar. Saya ambil. Mana boleh malu-malu nak bawa keluar, penat mak dia buat tapi tak bagi cikgu rasa,” kata guru tersebut dengan penuh kehangatan.

Guru Jamah Makanan Agar-Agar Santan Yang Dibawa Anak Muridnya Buatkan Netizen Terharu

Dalam rakaman itu, guru tersebut dengan penuh kehangatan memuji rasa hidangan tersebut sebelum mengajak anak-anak muridnya yang lain untuk menikmatinya bersama-sama. Tindakannya Guru jamah makanan agar-agar yang penuh kepedulian ini mendapat pujian dari banyak pihak.

“Bukan senang nak dapat cikgu begini, jaga perasaan murid. Tahniah cikgu,” puji CikSya.

“Kelakuan dan reaksi cikgu inilah yang buat kita sebak. Betapa seorang guru cuba menghargai seorang murid dengan caranya tersendiri. Semoga guru ini diberi sihat berpanjangan dan mendapat keberkatan hidup,” kata Hatina.

“Dulu aku cukup risau kalau tak ada sesiapa nak jamah makanan yang aku bawa,” kata Nadia.

“Terbaik, semasa jamuan cikgu memainkan peranan. Bila murid bawa makanan untuk jamuan kita perlu bagi semua rasa. Sedap atau tidak belakang cerita. Hargai apa yang murid bawa, pastikan semua makanan habis,” kata Ija.

Video tersebut telah mendapat lebih dari 145,000 tontonan dan lebih dari 8,000 tanda suka hingga kini.

SHARE
Facebook
WhatsApp
Telegram
Rating :
5/5
Back to Top