Lirik Lagu Tadau Tagazo Do Kaamatan, lagu khas kaum kadazandusun yang dimainkan sewaktu pesta kaamatan. Perayaan pesta kaamatan adalah satu tanda kesyukuran kepada tuhan kerana masih memberi rezeki kepada mereka. Untuk sambutan, ia disambut pada 30-31 Mei sepanjang tahun dan sambutannya adalah sangat meriah menandakan perayaan yang menyatu padukan rakyat Malaysia.
Pesta Kaamatan merupakan salah satu praktik budaya yang telah diwarisi dari generasi ke generasi dalam kalangan masyarakat Kadazan-Dusun. Sejak zaman berzaman, perayaan ini diadakan selepas penuaian padi selesai, menjadi suatu masa untuk merayakan hasil pertanian mereka dan memberi penghormatan kepada semangat padi, yang mereka panggil “Bambazon.”