Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

Menu

Senarai MRSM 2023 di Seluruh Negeri Malaysia

Senarai MRSM 2023 di Seluruh Negeri Malaysia, paparkan seluruh MRSM di seluruh negeri dalam Malaysia.

Dalam artikel ini, kita akan merungkai maklumat berkaitan MRSM 2023, termasuk apa itu MRSM, kelebihannya, dan mengapa ia dianggap sebagai salah satu pilihan terbaik untuk pendidikan anak-anak Malaysia. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) adalah sebuah institusi pendidikan yang memegang peranan penting dalam sistem pendidikan Malaysia.

MRSM dikenali kerana pendekatan pendidikan holistiknya yang menyeluruh. Di samping menyediakan mata pelajaran sains dan matematik yang berkualiti tinggi, MRSM juga memberikan penekanan yang kuat pada pengembangan nilai murni dan kemahiran sosial. Ini termasuklah nilai-nilai seperti kepimpinan, kerjasama, dan kebertanggungjawapan. MRSM bukan hanya sekadar membentuk pelajar-pelajar untuk menjadi cemerlang dalam peperiksaan, tetapi juga untuk menjadi individu yang beretika dan berguna dalam masyarakat.

Senarai MRSM 2023 di seluruh negeri Malaysia adalah seperti berikut:

NegeriLokasi
Perlis1.Maktab Rendah Sains Mara Beseri, Kangar, PerlisK
edah1. Maktab Rendah Sains Mara Kubang Pasu, Jitra, Kedah
2. Maktab Rendah Sains Mara Langkawi, Kuah, Kedah
3. Maktab Rendah Sains Mara Merbok, Merbok, Kedah
4. Maktab Rendah Sains Mara PDRM Kulim, Kulim, Kedah
5.Maktab Rendah Sains Mara Pendang, Pendang, Kedah
Pulau Pinang1.Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau, Balik Pulau, Pulau Pinang 2.Maktab Rendah Sains Mara Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang 3.Maktab Rendah Sains Mara Kepala Batas, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Selangor1.Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Kampung Kenayat, Gerik, Perak
2.Maktab Rendah Sains Mara Lenggong, Lenggong, Perak
3.Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak, Perak
4.Maktab Rendah Sains Mara Taiping, Taiping, Perak
5.Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Hulu, Pengkalan Hulu, Perak
6.Maktab Rendah Sains Mara FELDA (Trolak), Sungkai, Perak
Selangor1.Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Baru, Kuala Kubu Baru, Selangor
Negeri Sembilan1.Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kelawang, Titi, Negeri Sembilan 2.Maktab Rendah Sains Mara Serting, Serting, Negeri Sembilan
3.Maktab Rendah Sains MARA Gemercheh, Negeri Sembilan
Melaka1.Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghaffar Baba, Jasin, Melaka .
2. Maktab Rendah Sains Mara Kem Terendak, Terendak, Melaka Maktab Rendah Sains Mara Alor Gajah
Johor1.Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat, Batu Pahat, Johor
2.Maktab Rendah Sains Mara Mersing, Mersing, Johor
3.Maktab Rendah Sains Mara Muar, Bakri, Johor
4.Maktab Rendah Sains Mara Pontian, Pontian, Johor
Pahang1.Maktab Rendah Sains Mara Kuala Lipis, Kuala Lipis, Pahang
2. Maktab Rendah Sains Mara Kuantan, Kuantan, Pahang
3. Maktab Rendah Sains Mara Muadzam Shah, Muadzam Shah, Pahang
4. Maktab Rendah Sains Mara Bentong, Bentong, Pahang
Terengganu1. Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu, Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu
2. Maktab Rendah Sains Mara Kotaputra, Besut, Terengganu
3. Maktab Rendah Sains Mara Kuala Berang, Kuala Berang, Terengganu 4. Maktab Rendah Sains Mara Besut, Jalan Tembila Kampung Raja, Besut, Terengganu
Kelantan1. Maktab Rendah Sains Mara Jeli, Jeli, Kelantan
2. Maktab Rendah Sains Mara Kuala Krai, Kuala Krai, Kelantan
3. Maktab Rendah Sains Mara Pasir Tumboh, Pasir Tumboh, Kelantan 4.Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa, Pengkalan Chepa, Kelantan
Sabah1.Maktab Rendah Sains Mara Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah 2.Maktab Rendah Sains MARA Tawau, Tawau, Sabah
Sarawak1. Maktab Rendah Sains Mara Kuching, Kuching, Sarawak
2. Maktab Rendah Sains Mara Betong, Betong, Sarawak

6 Jenis Program di MRSM 2023

Bermula tahun 2023, program pendidikan yang ditawarkan oleh MRSM adalah:

  • Premier
  • IGCSE
  • Ulul Albab
  • IB MYP
  • Teknikal
  • Bitara / PKP
MRSM Premier
Program Premier adalah program pendidikan yang dijalankan oleh MRSM yang memusatkan kepada sistem pendidikan SPMRSM tanpa menawarkan program-program khusus lain. Sebahagian besar MRSM 2023 di Malaysia menawarkan program pendidikan Premier ini.
MRSM IGCSE
Kurikulum IGCSE adalah program antarabangsa yang dikeluarkan oleh Cambridge Assessment International Education (disingkatkan sebagai Cambridge). Program ini menawarkan lebih daripada 70 mata pelajaran kepada pelajar-pelajar dan melibatkan peperiksaan utama yang perlu diambil bagi memperoleh sijil IGCSE selepas menyelesaikan pengajian.
MRSM ULUL ALBAB
Program Ulul Albab, juga dikenali sebagai SPMRSM Ulul Albab, adalah satu program yang menyatukan kurikulum piawai yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah, dengan elemen program aliran agama Islam.
MRSM TEKNIKAL
Dalam bengkel Rancangan Malaysia ke-11 (MARA), satu cadangan inisiatif ialah untuk memperkenalkan subjek teknikal di MRSM. Sebagai tindak balas terhadap cadangan ini, Bahagian Pendidikan Menengah MARA (BPM) telah menyediakan satu kurikulum teknikal yang sejajar dengan program pendidikan menengah yang berkualiti bagi pelajar MRSM.
MRSM BITARA/PKP
Program Bitara atau PKP adalah sebuah program yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang mencapai prestasi cemerlang dalam peperiksaan PT3, serta menunjukkan pencapaian yang gemilang dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) dan juga aktif dalam aktiviti kokurikulum.
MRSM IBMYP
Program International Baccalaureate Middle Years Programme (disingkatkan sebagai IB MYP) merupakan program pendidikan antarabangsa yang dibangunkan oleh yayasan International Baccalaureate (IB). Program ini berfokus kepada pelajar berusia 11-16 tahun dan bertujuan mendorong mereka untuk lebih aktif dalam proses pembelajaran dengan mengemukakan idea, mencadangkan penyelesaian, dan membincangkan isu semasa.

Bagaimana Nak Mohon Masuk MRSM 2023?

Untuk pengetahuan semua, untuk memasuki MRSM syarat wajib adalah semua murid perlu melepasi ujian PKSK dahulu. Untuk ini, murid perlu membuat permohonan, menunggu permohonan diterima dan diproses, mendapatkan lokasi ujian PKSK dijalankan, dan seterusnya memastikan persediaan menghadapi ujian PKSK dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Untuk lulus ujian PKSK, kami sarankan beberapa modul untuk anda membuat ulangkaji terbaik.

SHARE
Facebook
WhatsApp
Telegram
Rating :
5/5
Back to Top